SELAMAT DATANG KE WAQAF.MY

WAQAF.MY merupakan sebuah jenama daripada SM untuk tujuan mengumpul dana waqaf dan juga infaq untuk pembinaan masjid, pembangunan sekolah dan program kebajikan.

Selain itu, WAQAF.MY merupakan sistem yang membuat potongan terus ke akaun secara bulanan. Jadi, para penyumbang tidak perlu untuk membuat sumbangan secara manual setiap bulan. Potongan yang dilakukan bergantung pada persetujuan penyumbang.

APA ITU WAQAF?
Bahasa:
Berhenti, Menahan, Menghalang
Istilah/Syara’:
Waqaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat disamping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewaqaf kepada Allah SWT.

APA ITU INFAQ?
Bahasa:
Menurut al-Jurjani bererti membelanjakan harta kepada yang berhajat
Istilah/Syara’:
Mengeluarkan sesuatu (harta) untuk suatu kepentingan yang baik.

SIAPA YANG MENGURUSKAN WAQAF.MY

Waqaf.my diuruskan oleh Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim). Serantau Muslim ditubuhkan adalah untuk membantu muslim minoriti di Asia Tenggara termasuklah Rohingya, Selatan Thailand, Lombok, Sulawesi, dan sebagainya. Serantau Muslim komited untuk membantu dan meningkatkan ekonomi masyarakat muslim Asia Tenggara.

SIAPA YANG PERLU TURUT SERTA DENGAN WAQAF.MY

  • Anda yang sedar kepentingan waqaf/infaq/sedekah.
  • Mereka yang mahu memperbanyakkan amal demi saham akhirat.
  • Mereka yang sibuk dengan tugasan harian sehingga tidak sempat menyumbang.
  • Mereka yang ingin membangunkan ekonomi umat Islam.
  • Mereka yang mementingkan pelaburan akhirat.
  • Anda yang duit selalu tak cukup dan membuatkan anda sentiasa resah.
  • Anda yang hutang keliling pinggang dan hidup susah.

SEDEKAH PEMBUKA PINTU REZEKI

وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ

 لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا

Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah (BERSEDEKAH) dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.

ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK BERSEDEKAH SEKARANG?

5

TAHUN PENGALAMAN

20000000

DANA YANG DIURUSKAN

20

BUAH NEGARA

15000

PENYUMBANG TETAP

MENGAPA PERLU BERSAMA WAQAF.MY?

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim bercita-cita untuk membangunkan ekonomi umat Islam melalui pembangunan masjid dan sekolah. Selain itu, dapat menyalurkan bantuan kebajikan kepada yang memerlukan melalui masjid dan sekolah yang Serantau Muslim telah bangunkan. Masjid dan sekolah tersebut juga menjadi pusat penyampaian ilmu setempat dan pusat berkumpul komuniti. Bersama kami menjayakan misi murni ini bersama kami dan bersama-sama kita menyumbang kepada masyarakat.

MISI

Membangunkan masjid, sekolah, dan menyampaikan bantuan dan dakwah kepada golongan yang memerlukan seperti fakir miskin, mangsa bencana, dan keganasan peperangan.

VISI

Menjadi pertubuhan yang dapat membantu dan menyampaikan amanah umat Islam kepada yang memerlukan di seluruh dunia.

KEPADA PENYUMBANG

Memudahkan urusan penyumbang untuk menyumbang dan memberi peluang kepada penyumbang untuk turut serta bersama dalam pembangunan ekonomi umat Islam.

TESTIMONI