Frequently asked questions (FAQ)

1. Adakah Waqaf.my berbentuk bayaran bulanan atau sekali pembayaran?

Waqaf.my merupakan waqaf bulanan. Akan tetapi pendaftaran hanya dilakukan sekali sahaja.

2. Bolehkah waqaf.my dinamakan atas nama orang yang sudah meninggal?

Boleh. Walaubagaimanapun pendaftaran haruslah didaftarkan atas nama wakil yang masih hidup.

3. Adakah dibolehkan berwaqaf dengan menggunakan nama syarikat?

Boleh, dengan mendaftarkan nama syarikat sebagai pewaqaf dan no. pendaftaran syarikat sebagai nombor kad pengenalan.

4. Adakah terdapat kemudahan potongan gaji?

Buat masa ini potongan gaji masih belum boleh dilakukan. Akan tetapi waqaf.my adalah sistem potongan terus ke akaun, boleh buat potongan lepas tarikh dapat gaji.

5. Apakah ada kaedah berwaqaf selain menerusi online?

Ada.
i) Download borang waqaf yang disediakan. (DOWNLOAD DISINI)
ii) Isi borang waqaf.
iii) Hantar borang waqaf yang telah diisi melalui kiriman pos atau email ke [email protected]

6. Apakah itu kaedah direct debit?

Direct debit adalah satu sistem yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memudahkan sesuatu transaksi pembayaran secara berterusan. Waqaf.my mengunakan sistem direct debit, dan ia didaftarkan di bank negara bawah nama Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim. Di bawah kod bantuan amal.

7. Apakah jenis bank yang boleh buat waqaf.my?

Semua jenis bank di Malaysia.

8. Bagaimana transaksi waqaf.my ini beroperasi?

  1. Daftar untuk yang pertama kali daftar. (DAFTAR SEKARANG)
  2. Borang yang diisi itu kami akan hantar ke Maybank untuk pengesahan.
  3. Untuk bank-bank yang lain Maybank akan hantar ke bank-bank berkaitan.
  4. Setelah disahkan oleh bank berkaitan Maybank akan hantar semula ke kami.
  5. Kami akan mulakan penolakan untuk waqaf pada bulan berikutnya.

9. Berapakah nilai had minimum untuk menyertai Waqaf.my?

RM 10 /bulan. Akan tetapi digalakkan untuk berwaqaf lebih jika berkemampuan.

10. Apakah bukti pembelian saham waqaf sekiranya berwaqaf secara ONLINE?

Pihak kami akan mengeluarkan sijil bagi pewaqaf yang berwaqaf.

11. Bagaimana sekiranya nama yang didaftarkan, dimaklumkan bahawa telah ada rekod berdaftar?

Pihak Tuan/Puan boleh terus membuat aduan/pertanyaan melalui telefon dengan menghubungi pejabat Serantau Muslim atau  menerusi e-mail.

12. Adakah sampai niat sedekah pahala kepada si mati / arwah?

Para Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah telah bersepakat bahawa sesetengah amalan boleh disedekahkan pahalanya kepada si mati. Ia adalah amalan berikut :
i) Wakaf dan sepertinya
ii) Doa dan istigfar
iii) Apa-apa jenis ibadah yang boleh diwakilkan(seperti Haji)
Bertanya seorang sahabat kepada Rasullulah S.A.W, “Ya Rasullullah, ibuku telah meninggal dunia adakah jika aku bersedekah untuknya, maka pahala sedekah ini dapat memberi manfaat kepadanya? Nabi menjawab “ya” ( Riwayat Abu Daud & Tirmizi)
(Rujuk: Hasyiah Ibn’Abidin 1/605, Nihayatul Muhtaj 6/92)

13. Bolehkah saya mewaqafkan duit saya tanpa saya perlu hadir ke pejabat tetapi melalui orang lain?

Boleh. tetapi mestilah berserta dengan maklumat yang lengkap bagi memudahkan pihak Waqaf.my mengeluarkan sijil untuk simpanan Tuan/Puan melaui kiriman pos.

14. Berapa lamakah sijil akan sampai ke rumah selepas saya berwaqaf?

Sijil akan dihantar melalui pos atau email dalam tempoh masa anggaran 1 hingga 2 bulan.

15. Apakah syarat orang yang ingin berwaqaf?

  • Baligh
  • Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya
  • Harta yang hendak diwaqafkan hendaklah dimiliki penuh oleh Pewaqaf
  • Berwaqaf atas kerelaan sendiri tanpa ada paksaan dari sesiapa

16. Adakah dibenarkan sekiranya pelanggan bukan warganegara Malaysia berwaqaf?

Ya. Sesiapa sahaja boleh berwaqaf walaupun bukan warganegara Malaysia. Akan tetapi perlulah mempunyai akaun simpanan bank Malaysia.

17. Kemanakah dana waqaf akan disalurkan?

Waqaf yang terkumpul akan kami bangunkan masjid, sekolah dan keperluan lain (contoh telaga air) di kawasan yang memerlukan seperti kawasan yang ditimpa bencana dan muslim minoriti.

19. Bolehkah orang bukan Islam untuk berwaqaf?

Dibenarkan. Para ulama’ as-Syafie berpendapat: Wakaf seorang bukan Islam sah walaupun untuk masjid walaupun ia bukan berniat taqarrub. Mereka akan diberi ganjaran atas sedekahnya di dunia, namun di akhirat tiada habuannya untuk mendapat pahala.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Allah tidak akan mengabaikan kebaikan seorang mukmin, dia akan diberi ganjaran di dunia dan di akhirat. Orang bukan Islam pula akan menerima ganjaran kebaikan yang mereka lakukan kerana Allah semasa di dunia sahaja. Adapun di akhirat kelak, tiada apa-apa habuan dan ganjaran kebaikan untuknya”.

(Riwayat Muslim)

20. Bolehkah memberi waqaf kepada orang bukan Islam ?

Para ulama’ as-Syafie mengharuskan waqaf kepada golongan bukan Islam ataupun zimmi, selama mana ia tidak bertujuan untuk melakukan maksiat. Ini kerana dibolehkan sedekah kepada golongan ini, maka begitu juga diharuskan waqaf kepada mereka.
Jika didapati ada kemungkinan penerima waqaf akan melakukan maksiat dengan harta tersebut, maka waqaf tersebut tidak sah kerana maksiat tersebut akan menghilangkan hikmah dan tujuan waqaf.

21. Adakah terdapat perbezaan antara waqaf dan sedekah?

Waqaf adalah juga disebut sedekah jariah (sedekah yang berterusan) di mana harta itu perlulah bersifat kekal. Ganjaran pahala pewaqaf akan mengalir dan berkekalan selagi harta yang diwaqafkan itu boleh diambil manfaatnya. Contohnya dengan wang RM10 yang pewaqaf waqafkan akan dikumpul dalam satu tabung kumpulan wang waqaf dan kemudiannya akan digunakan untuk membiayai pembinaan masjid. Selagi masjid itu kekal berada disitu, selagi itu pahala kita akan terus mengalir. InsyaAllah.

Sedekah adalah ibadah yang kita lakukan dimana pahalanya adalah hanya untuk ketika bersedekah. Contohnya jika kita bersedekah wang kepada seorang peminta sedekah. Kemudiannya dia akan menggunakan wang itu untuk membeli makanan, setelah habis makanan itu dimakan maka pahala bersedekah hanya setakat di situ.