PELANCARAN WAQAF.MY
Waqaf.my adalah satu inisiatif terkini SERANTAU MUSLIM untuk membantu orang ramai menjadi khairunnas melalui skim potongan akaun bank secara bulanan untuk tujuan waqaf.
Kempen waqaf.my bertujuan untuk memudahkan para pewaqaf untuk tidak terlepas berwaqaf pada setiap bulan kepada mereka yang paling memerlukan.
Dengan serendah RM 10 sebulan, para pewaqaf boleh terlibat secara langsung untuk berwaqaf secara tetap dimana wang waqaf itu akan digunakan untuk membina masjid, sekolah, telaga air, urusan dakwah dan bantuan kecemasan.
Program waqaf.my telah dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Pembangunan Keusahawanan Dato Wira Dr Mohd Ramli di tapak karnival keusahawanan dan hartanah Perak 2018.
Orang ramai boleh sertai kempen waqaf.my dengan layari website waqaf.my atau hubungi pegawai SERANTAU MUSLIM di talian 017-8700181
Jom berwaqaf sekarang dengan waqaf.my. Klik link di bawah..

Lieta
Boleh sy tahu sekiranya sy ingin mendaftar wakaf.my untuk potongan tetap secara bulanan, apakah nama/ nombor akaun bank yang akan menerima uang tersebut?
Mohd Yusoff bin Hj Mohd Shariff
Assalam. Saya nak sertai wakaf bersama isteri kerana akaun gaji bersama dan diniatkan semua pahalanya kpd arwah ayah, emak bapa dan ibu mertua, bolehkah gitu. Tk
Azrul Afendy
Walaikumsalam..boleh tuan insyaallah semua pahala di niat kan tu sampai