Gambar 1: Tangki air

 

Pembinaan perkampungan untuk mengsa bencana gempa di Lombok barat. Antara pembinaan yang terlibat dalam waqaf kebajikan adalah pembinaan rumah, tandas, bilik air dan tangki air.

Pembinaan rumah yang dicadangkan adalah rumah jenis papan yang boleh menempatkan satu keluarga untuk satu rumah. Jumlah sasaran untuk rumah ini adalah sebanyak 1,000 unit dan berjumlah RM1,000 untuk setiap unit (3.7 juta Rupiah).

 

Gambar 2: Rumah Sementara yang Serantau Muslim sudah dirikan

 

Pembinaan kedua adalah tandas, bilik air dan tangki air. Tangki air akan mendapatkan sumber air dari bawah tanah, kos pembinaan untuk satu tangki air adalah RM2,000 (7.2 juta Rupiah) termasuk gali tanah mendapatkan air. Memerlukan 25 unit, iaitu 5 unit untuk satu lokasi. Bersamaan jumlah dengan tandas dan bilik air 25 unit untuk 5 lokasi. Dan kos pembinaan RM3,000 (11 juta Rupiah) satu unit.

 

MAKLUMAT PEMBINAAN

LOKASI

  1. Lendang Berora,Desa Sigar Penjalin,Tanjung,KLU.
  2. Sempeni Malaka,Mekar Sari,Narmada,Lombok Barat.
  3. Dusun Jeringo Desa Jeringo,kecamatan Gunung Sari, Lombok Barat.
  4. Bengkaung Daye,Desa Bengkaung,Batu Layar, Lombok Barat
  5. Dusun Luk,Desa Sambik Bangkol, Gangga,KLU

KOS DIPERLUKAN

  • Rumah : RM 1,000 sebuah (3.7 juta Rupiah)
  • Tandas & bilik air : RM 3,000 sebuah (11 juta Rupiah)
  • Tangki airĀ : RM 2,000 sebuah (7.2 juta Rupiah)

STATUS

  • Dalam pengumpulan dana (19 September 2018)

Gambar 3: Contoh tandas dan bilik air yang akan dibina