Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka

(Ar-Ra’d [13]: 11)

 

SERANTAU MUSLIM

INTERNATIONAL LEADERSHIP ACADEMY

(SMILE)

SMILE fokus untuk mendidik pelajar yang terpilih menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan menjadi model insan terbaik bagi mewakili negara masing-masing.

Model yang akan dijalankan adalah seperti Rasulullah S.A.W yang telah berhijrah dari Mekah ke Madinah

Rasulullah membina kekuatan melalui penghijrahan itu untuk memimpin sahabat-sahabat dan menjadi contoh terbaik sebagai seorang ketua.

Kita sedia maklum bahawa, keadaan yang berlaku di setengah tempat khususnya di

Syria, Palestin dan Arakan

yang mereka ini berhadapan dengan krisis kehidupan yang memerlukan mereka mempunyai generasi yang terbaik untuk memimpin komuniti mereka satu hari nanti.

Oleh yang demikian, Akademi ini ditubuhkan bagi memberi pendidikan yang holistik dan komprehensif untuk setiap anak-anak pelarian yang terpilih memasuki akademi ini.

Wujudnya Akademi ini akan menjadi Akademi pertama yang membawa pembelajaran yang berfokuskan kepimpinan dan ikhtiar hidup di usia muda.

Akan tetapi, misi ini tidak akan berjaya tanpa sokongan rakyat Malaysia

Serantau Muslim masih memerlukan lagi dana untuk pembangunan dan operasi akademi ini

Kos pembinaan yang di perlukan untuk pembangunan akademi ini adalah RM1.5 Juta.

Dan kos untuk teruskan operasi bermula tahun 2021 Serantau Muslim perlukan sekurang-kurangnya RM20,000 sebulan

 

Ayuh rakyat Malaysia kita sahut panggilan wakaf ini, Bersama-sama kita membangunkan ekonomi umat Islam.

Dari Abu Hurairah RA., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

 

“Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya”

Hadith Riwayat Muslim

 

Wakaf yang dijalankan adalah wakaf tunai secara bulanan. Mengunakan payment gateway Senangpay. Potongan akan dilakukan melalui akaun bank yang dipilih.

Wakaf menggunakan kad kredit/debit.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi +603-8408 1789

ArabicChinese (Simplified)EnglishMalay