SERANTAU MUSLIM

Serantau Muslim atau nama lamanya South East Asian Regional Assembly of Muslim Youth (SARMY) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar melalui surat Ikatan Amanah pada 11 November 2010.

Kemudian, pada 14 Julai 2015, Serantau Muslim didaftarkan semula dibawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nama Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) dengan nombor pendaftaran PPM-033-10-14072015.

Serantau Muslim yang membawa slogan Persaudaraan Rentas Sempadan telah bergiat aktif untuk membawa visi dan misi menerajui perhubungan Umat Islam Serantau Asia serta mempererat persaudaraan Islam khususnya membela nasib Muslim Minoriti di Serantau Asia khususnya melalui bantuan kemanusiaan, kerjasama ekonomi, pembangunan pendidikan serta pengembangan bakat kepimpinan.

Serantau Muslim juga banyak mengadakan kerjasama dengan NGO di seluruh rantau Asia khususnya dalam menjayakan visi dan misi Serantau Muslim termasuklah mengetuai Asean Muslim Secretariat (AMSEC) iaitu sebuah organisasi yang dianggotai oleh NGO dari seluruh negara Asia yang berjumlah sebanyak 32 buah NGO.

WAQAF.MY

Waqaf.my merupakan platform waqaf untuk rakyat Malaysia menyumbang untuk MEMBANGUNKAN MASJID, MENDIRIKAN SEKOLAH DAN WAQAF KEBAJIKAN.

Selain itu, waqaf.my merupakan sistem waqaf bulanan yang membuat potongan terus ke akaun. Jadi, para penyumbang waqaf tidak perlu untuk membuat waqaf secara manual setiap bulan. Potongan ynag dilakukan bergantung pada persetujuan penyumbang.

Waqaf.my merupakan salah satu platform dimana memudahkan orang ramai melakukan amal jariah yang sangat dituntut oleh agama Islam. Ia merupakan amal soleh yang pahalanya tidak akan putus-putus diberikan Allah kepada pewakaf, selama harta yang diwaqafkan itu masih kekal dimanfaatkan.

Perkataan “WAQAF” berasal daripada bahasa Arab waqf yang bererti “menghentikan” atau “menahan”. Ertinya, seseorang menghentikan hak milik sesuatu harta dan menahan diri daripada menggunakannya dengan cara menyerahkan harta itu kepada pengelola untuk digunakan bagi kepentingan umum.

MENGAPA PERLU BERWAQAF DENGAN KAMI?

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim bercita-cita untuk membangunkan ekonomi umat Islam melalui pembangunan masjid dan sekolah. Selain itu, dapat menyalurkan bantuan kebajikan kepada yang memerlukan melalui masjid dan sekolah yang Serantau Muslim telah bangunkan.

Masjid dan sekolah tersebut juga menjadi pusat penyampaian ilmu setempat dan pusat berkumpul komuniti.

Bersama kami menjayakan misi murni ini bersama kami, bersama kita menyumbang kepada masyarakat.

MISI

Membangunkan masjid, sekolah, dan menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti fakir miskin, mangsa bencana, dan keganasan peperangan.

VISI

Menjadi pertubuhan yang dapat membantu dan menyampaikan amanah umat Islam, kepada yang memerlukan di seluruh dunia.

KEPADA PENYUMBANG

Memudahkan urusan penyumbang untuk berwaqaf, dan memberi peluang kepada penyumbang untuk turut serta bersama dalam pembangunan waqaf umat Islam.